Pengalaman Saya Selama 20 tahun Menulis Skrip Drama TV
Didedahkan

|
 |
Daripada: Shafiuddin
b Sharif (HP:
016 2217690)
Tempat: Seremban
Negeri Sembilan
Tarikh:
2013
Tajuk:
Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh. |
Pembaca
yang Budiman;
Nama saya
Shafiuddin b Sharif. Saya memang minat menulis. Seingat saya
ketika darjah enam sekitar tahun 1960an saya memenangi hadiah
pertama penulisan esei anjuran akhbar Berita Harian.
Kemudian ketika dalam sekolah menengah saya menjadi anak emas
guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana esei saya
mencerminkan bakat yang besar di bidang tersebut.
Di akhir
1980an saya berpeluang menghadiri kursus penulisan skrip
drama TV yang dianjurkan oleh RTM bertempat di IPPTAR. Saya
berkenalan dengan beberapa penulis dan produser terkenal
ketika itu termasuk Dato’ Yusof Haslam. Kemudian saya
berkenalan dengan A. Wahid Nasir penulis asal siri OPAH yang
sangat popular ketika itu. Di sinilah bermulanya karier saya
sebagai penulis skrip drama TV/filem sepenuh masa.
Drama TV saya
yang pertama disiarkan di RTM ialah dua episod siri OPAH.
Kemudian ianya diikuti oleh dua episod lagi dalam siri
REMANG-REMANG KOTARAYA terbitan SKOP FILMS PRODUCTIONS milik
Dato’ Yusof Haslam. Di TV3 pula ialah sebuah telemovie
terbitan Maha Gemilang milik Encik Malik.
Sejak itu saya tidak menoleh lagi ke belakang. Saya memang
bersungguh dalam bidang penulisan drama ini. Saya sentiasa
belajar, belajar dan belajar. Saya belajar dari
penulis-penulis yang lebih kanan dari saya. Saya belajar
dari para pengarah drama TV/filem yang tersohor ketika itu
seperti Mahadi J. Murat, Kamal Ishak, Nasir Jani, Eddie Pak,
Raja Ahmad Alauddin dan Arief Karmahani.
Ketika TV3 menganjurkan Anugerah Skrin yang pertama drama yang saya
tulis ANAK ANGKAT memenangi tujuh dari lapan hadiah
utama yang dipertandingkan.
Antara
pemenangnya ialah saudara Sidi Oraza dan Ida Nerina memenangi
anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik. Saudara Aziz M.
Osman memenangi anugerah pengarah terbaik.
Pada tahun
1999 sekali lagi drama TV yang saya tulis memenangi anugerah
Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3. Judulnya
Jutawan Segera
lakonan M. Rajoli.
Dalam pada itu
banyak drama-drama saya yang disenarai-pendekkan untuk berbagai
anugerah yang dianjurkan oleh RTM dan TV3. Walaupun tidak
menang namun ianya mencerminkan kekuatan saya dalam menulis
cerita. Judul-judulnya termasuk Esah Swinger, Kemarau …
Saya tidak
pernah memohon untuk bekerja dengan Astro. Namun begitu sekitar
tahun 1996 saya ditawarkan untuk menyertai Astro.
Rupa-rupanya saya ialah salah seorang yang telah
disenarai-pendekkan untuk membangunkan stesen TV berbayar
pertama negara. Ini satu pengiktirafan yang luar-biasa.
Ianya satu pencapaian yang tak pernah saya mimpikan.
Setelah enam
tahun menjadi penulis skrip drama TV sepenuh masa akhirnya saya
menerima tawaran Astro. Bermulalah karier saya menjadi “orang
dalam TV”. Saya adalah salah seorang yang bertanggung-jawab
menyediakan program TV untuk saluran berbahasa Melayu Astro,
saluran RIA. Kami bertungkus-lumus menyediakan konsep,
hala-tuju dan rupa-bentuk RIA. Sehingga hari ini RIA
kekal sebagai saluran ceria, muda dan moden.
Saat yang
paling manis ialah apabila stesen RIA menemui para pelanggannya
sekitar tahun 1990an. Ia memberi peluang kepada saya untuk
menyaksikan pencapaian saya selama hampir sedekad sebagai
penulis skrip drama TV/filem.
Pusingan
karier saya sebagai “orang luar TV” dan “orang dalam TV” menemui
titik-tengahnya. Kalau
dulu saya dan rakan-rakan penulis
memanjat tangga RTM dan TV3 untuk menghantar sinopsis drama tapi
kini mereka yang yang datang menemui saya
untuk tujuan yang sama.
Jawatan saya ialah Penyunting Skrip Kanan. Dan salah satu
tugasan saya ialah meneliti dan memilih skrip yang sesuai untul
diterbitkan oleh RIA.
Kemudian pada
tahun 2001 saya menyertai NTV7 yang ketika itu
berpengkalan di Glenmarie, Shah Alam. Jawatan saya ketika itu
ialah
penyunting/penulis skrip. Berbeda dengan tugasan
saya di Astro Ria di NTV7 fokus saya pada program-program
dalaman.
Saya bersara
dalam tahun 2005 bila mana pentadbiran NTV7 beralih tangan ke
Media Prima (TV3). Pada tahun 2006 saya meneruskan karier
saya sebagai penulis skrip TV/filem sepenuh masa. Filem pertama
saya ialah Jimi Asmara yang diarah oleh Erma Fatima. Dan
yang terbaru sekali ialah Cinta Yang Satu.
Kini, Anda Boleh
Merealisasikan Impian
Sebagai Penulis Skrip Drama
TV
Berada dalam
dua daerah berlainan (dalam dan luar TV) memberi peluang
kepada saya untuk mengenali:
Jenis-jenis cerita yang dicari oleh stesen TV.
Gaya
penceritaan yang dikehendaki oleh stesen
TV
Garis panduan yang dibenarkan atau dilarang dalam penerbitan drama TV.
Konsep yang
sesuai untuk setiap rangkaian TV. Contohnya
pendekatan TV3 lebih moden, semasa dan ranggi.
Manakala TV9 pula lebih sederhana dan Islamik.
Penonton sasaran yang
menjadi penonton setia setiap rangkaian TV.
Rahsia pergi
pitching di TV. Pitching ialah
istilah di mana penulis skrip mempersembahkan
sinopsis mereka secara lisan kepada stesen TV.
Untuk
menjadi penulis skrip yang berjaya sama ada sepenuh masa
atau part time anda memerlukan beberapa kriteria:
Ilmu menulis skrip TV.
Isi cerita
yang sesuai dengan kehendak stesen TV.
Menulis/mempersembahkan
sinopsis yang boleh memikat panel TV.
Menyiapkan
skrip dalam masa yang dijanjikan dengan pihak
penerbit.
Konsisten dalam
bidang
penulisan,
tidak mudah patah hati jika
tidak berjaya.
Tanpa itu
semua anda akan teraba-raba dalam dunia penulisan yang penuh
pancaroba dan persaingan ini. Saya adalah
orang yang terbaik untuk anda dampingi dan belajar.
Saya mempunyai ilmu menulis skrip drama TV
yang anda boleh pelajari dengan pengalaman (lebih dari dua
dekad) untuk anda contohi.
Saya juga boleh
memberi panduan
apakah cerita yang dicari-cari oleh stesen TV.
Pendapatan Penulis Skrip Drama
TV
M
emang
Lumayan.
Tanya penulis skrip professional. Kalau mereka bukan
kaki joli mereka hidup senang.
Saya menjadi penulis lakonTV
sejak tahun 1988 dan masih lagi menulis. Kenapa?
Penulis skrip
yang boleh menulis skrip
mengikut piawaian industri sangat
sedikit.
Yang
banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa
belajar semula menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan
masa dan
penerbit-penerbit program TV jarang ada kesabaran sebab
mereka dikejar oleh stesen TV untuk menyiapkan produk mereka.
Slot drama TV di bahagi ke beberapa jangkamasa.
Slot telemovie (120 minit)
Drama bersiri (jumlah episod x 30 minit)
Drama bersiri (jumlah episod x 45 minit)
Harga berbeza-beza atas kemampuan kewangan
syarikat.
Telemovie sekitar RM2,000 - RM5,000
Slot 30 minit sekitar RM600 - RM1,000.
Jika satu musim ada 13 episod pendapatan anda ialah antara
RM7500.00 - RM13,000 untuk satu-satu musim.
Slot 45 minit sekitar RM1,200 -
RM2,000.
Jika satu musim ada 26 episod pendapatan
anda
ialah RM31,200 - RM52,000.
Kalau
filem, harga lakonlayar sekitar RM10,000 - RM30,000
Tahukah anda?
Kebiasaannya stesen
TV akan
memilih cerita dari dua sumber:
Penonton sasaran mereka.
Para
pengiklan yang akan menaja sesuatu slot rancangan TV itu.
Maklumat ini
hanya dimiliki oleh mereka yang berkerja dalam setesen TV.
Dan saya pernah berada di persada itu selama tujuh tahun.
Cerita anda mungkin hebat
tapi ia tidak kena dengan penonton yang disasarkan.
Cerita anda mungkin berkait dengan penonton yang
disasarkan tapi ia tidak senada dengan para
pengiklan yang akan menaja slot cerita itu. Anda
gagal! Ramai penulis yang gagal.
Cerita anda
mungkin memenuhi kedua-dua syarat tapi apabila anda
mempersembahkan cerita anda depan panel cara anda
bercerita menimbulkan kebosanan kepada panel.
Panel menganggap cerita anda membosankan. Anda gagal.
Ramai penulis gagal ketika pitching!
Cerita anda diterima oleh
stesen TV. Dan anda perlu menulis skrip dalam tempoh
dua minggu. Anda tidak berupaya menulisnya dalam
jangkamasa yang terhad. Anda gagal. Skrip anda
tertangguh. Pihak TV tidak minat lagi dengan skrip
anda.
Skrip anda
telah siap dan akan diterbitkan. Akan tetapi cara
anda menulis menimbulkan masalah kepada penerbit.
Skrip anda kurang dramatik. Bajetnya tinggi. Pelakon
ramai. Lokasi banyak. Maka pengarah drama
terpaksa cincang skrip anda supaya menepati bajet
yang diperuntukan. Bila anda tonton drama anda
kecewa sebab ia tidak seperti yang anda tulis.
Semuanya ini
boleh anda hindari jika anda memiliki ilmu yang benar
dalam menulis skrip TV.
Ilmu menulis skrip TV yang saya olah
tidak serupa dengan apa yang anda pelajari di
bengkel-bengkel atau di kelas-kelas yang formal atau yang
terdapat dalam buku-buku yang dijual di kedai-kedai.
Rahsia Saya Menulis Skrip yang Memenuhi Kehendak Pengarah,
Penerbit & Stesen TV Kini Akan Didedahkan. Ianya EKSLUSIF Cara Saya.
Memperkenalkan...
Panduan Eksklusif
|
|
|
E-Book
Rahsia Penulisan Skrip
TULIS, JUAL & TERBIT
"Rahsia
Menulis Skrip Drama TV yang
Boleh Dijual"

Pelan Induk 'Langkah-Demi-Langkah'
Mulakan kerjaya
sebagai Penulis Skrip untuk Drama TV hari ini juga
secara Sambilan atau Sepenuh Masa:
Panduan
Langkah Demi Langkah Untuk Menulis Skrip Drama TV
Berdasarkan Pengalaman Peribadi oleh Sifu Dalam Bidang
ini
Ditulis
Dalam Bahasa Mudah Agar Mudah Difahami - Dijamin!
Harga
Yang Anda TIDAK AKAN Dapat di mana-mana dalam Malaysia!
Keuntungan
Lumayan Yang Selama Ini Terselindung Di Celah Teks Skrip
Kini Bakal Menjadi Milik Anda!
Format e-book adalah PDF
yang boleh dibaca melalui komputer dengan
menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak e-book ini
bagi memudahkan anda untuk membacanya di
mana-mana sekalipun
|
|
|
|
|
5 Modul Lengkap E-Book
Didatangkan dengan 5 modul yang mengandungi panduan penting bagi setiap
aspek dalam
membina kerjaya sebagai Penulis Skrip Drama TV!
Antara isi
kandungan yang terdapat dalam E-book ini
ialah:
Ia menghuraikan dengan tepat dan jelas
hubungkait cerita,
treatment dan skrip. 3 komponen inilah yang paling penting dalam
menghasilkan sebuah cereka TV/filem
Kandungannya tidak
ditiru atau dicopy-paste atau diterjemah dari
mana-mana ebook atau buku teks yang ada dalam pasaran.
Ianya hasil dari pemerhatian, pengalaman dan tunjuk-ajar yang
diperolehi oleh penulis selama 20 tahun berkecimpung dalam seni
menulis cereka TV/filem tanah air.
Contoh-contoh sinopsis, treatment dan skrip juga dilampirkan
untuk kemudahan anda mengkajinya.
Ebook ini bukan setakat dibaca. Ianya patut dibaca berulang-kali,
dikaji dengan teliti dan barulah anda dapat menggenggam mutiara
yang tersembunyi di dalamnya. Lebih mudah anda print/cetak
kerana anda mudah mencatat nota-nota berbangkit ketika membaca
atau mengkajinya.
Mungkin anda akan berkata;
"Saya
belum ada asas hendak menulis tapi saya berminat hendak menjadi
seorang penulis skrip TV/filem!"
Jangan bimbang
kaedah bimbingan
yang
saya perkenalkan itu
bermula dari menyediakan inti cerita sampai
menghasilkan sebuah skrip.
Bedanya kaedah saya dengan kaedah di bilik kuliah atau bengkel
ialah kaedah saya dibina dari kefahaman faktor yang saya
nyatakan di atas tadi! Ertinya
anda menulis sebuah skrip yang
memenuhi syarat-syarat penerbitan dan bersesuaian dengan garis
panduan stesen TV
Ingin saya nyatakan
pengalaman dalam kelas atau bilik kuliah
atau dalam bengkel tidak sama sekali serupa dengan pengalaman
berurusan dengan pihak penerbit drama TV atau pihak stesen TV!
Di sinilah kebanyakan penulis skrip terhambat. Bila kegagalan
datang bertalu-talu mereka kecewa dan beralih ke bidang lain.
Apabila
berada di dunia penerbitan drama TV/filem yang sebenar
skrip anda dipengaruhi oleh faktor bajet, jumlah pelakon, jumlah
adegan, polisi stesen TV, kemahuan syarikat iklan yang menaja
slot
sesuatu drama itu, kekuatan
kewangan syarikat dan kesediaan anda untuk bertolak-ansur
dengan
semua pihak yang terlibat!
Faktor-faktor inilah yang akan saya dedahkan kepada anda dalam
e-book ini nanti.
Harapan saya satu hari nanti anda juga akan menjadi seorang
penulis cereka TV/filem yang berjaya.
Bermula Sebagai Penulis Skrip Akhirnya Menjadi Penerbit atau Pengarah Tersohor atau Jurukamera atau Pelakon Popular!
Ianya Tidak Mustahil!
Katakan skrip pertama anda sudah
berjaya diterbitkan. Anda sudah bergelar sebagai seorang penulis
skrip. Tempahan sudah mula datang. Kini anda sudah berpadu dalam
duni hiburan TV dan filem. Tiba-tiba anda akan dapati peluang
kerjaya anda untuk berkembang menjadi luas terbentang. Banyak
jawatan kosong yang boleh anda lamar.
Jika anda
berminat untuk menyertai stesen TV sebagai
penulis atau penyunting skrip anda sudah
mempunyai pengalaman asas yang kuat.
RTM, TV3, NTV7, TV9, TV8,
Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Tv Al
Hijrah sentiasa mempunyai kekosongan.
Anda juga boleh
melamar jawatan kosong sebagai penulis/penyunting
skrip yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat
penerbitan/produksi swasta seperti Metrowealth,
Skop Productions dan banyak lagi.
Bila kita sudah
berada dalam dunia hiburan kita punyai ramai kawan
dan dari merekalah kita mengintai peluang-peluang
jawatan kosong yang saya sebutkan di atas. Selain itu ada juga
“jawatan kosong” yang berbeda yang anda boleh sertai
jika ada minat:
Anda minat dalam
videografi anda boleh mencuba nasib menjadi
seorang jurukamera produksi.
Jika anda
mempunyai lebihan wang anda juga boleh menjadi
seorang penerbit drama/filem.
Inilah yang berlaku dalam dunia hiburan masa kini.
Contohnya saudara Rashid Sibir adalah seorang
penulis skrip yang baik yang pernah memenangi
Penulis Terbaik Anugerah Skrin TV3. Begitu juga
saudara Nurhalim Ismail yang bermula sebagai seorang
penulis skrip. Kini mereka menjadi pengarah dan
penerbit tersohor dunia hiburan (termasuklah
Professor Razak Mohaideen, Datuk Yusof Haslam dan
lain-lain lagi).
Peluang Berdamping Dengan Artis
Ketika mula berjinak-jinak dalam penulisan skrip
artis-artis seperti CD Oraza, Syukri Hashim, Connie,
Ida Nerina sert banyak lagi sedang menempa nama.
Keinginan untuk berdamping dengan artis-artis
ternama itu sangat kuat. Apatah lagi kalau mereka
dipilih memegang watak-watak dalam cerita rekaan
saya.
Rupanya ia bukan impian semata. Bila CD Oraza dan
Ida Nerina dinobatkan sebagai pelakon terbaik
Anugerah Skrin pertama anjuran TV3 dalam drama Anak
Angkat yang saya tulis bermulalah satu daerah baru
dalam karier saya.
Saya berpeluang mendampingi artis-artis baru dan
lama dan bersahabat dengan mereka. Anda juga mampu
menjadikan kenyataan untuk mendampingi artis-artis
pujaan anda. Jangan terkejut jika mereka melakonkan
watak yang anda cipta di dalam skrip drama anda!
Siapakah yang Patut Memiliki E-Book ini?
Pelajar dalam bidang yang
berkaitan seperti bidang komunikasi media, broadcasting
dan sebagainya.
Ebook ini boleh menjadi sebuah lagi
buku rujukan untuk anda. Boleh anda bandingkan silibus /
buku teks yang terdapat di kolej / universiti dengan
kandungan dalam ebook ini. Pasti ada kelainan. Pasti ia
akan memberi pengalaman baru kepada anda. Anda tidak
akan kecewa.
Penulis skrip sepenuh/ separuh masa.
Ia boleh
menjadi satu lagi buku rujukan atau koleksi anda. Boleh
dibanding-bandingkan ilmu anda dengan saya. Yang kurang
ditambah. Yang baik dicontohi.
Golongan yang hendak
berjinak-jinak dalam penulisan skrip.
Ia ditulis
dalam bahasa harian yang mudah difahami. Ayat-ayatnya
ringkas dan padat. Tidak ada bahasa teknikal yang
mengelirukan. Ia ditulis untuk difahami bukan untuk
menunjuk pandai.
Golongan yang bukan penulis tapi ingin tahu kisah
dunia hiburan tv
Mungkin ada selalu tertanya-tanya
bagaimana sebuah drama itu diahirkan di kaca tv, di mana
ilham itu timbul, bagaimana cerita itu berkembang dan
sebagainya. Anda akan teruja dengan dunia penulisan.
Anda juga akan terhibur dengan membaca nasykah skrip
yang dilampirkan sebagai bonus itu.
Mereka yang bercita untuk mengisi jawatan kosong yang
disediakan dalam dunia hiburan
Lihat Pencapaian Sepanjang Karier
Saya
Kejayaan yang diraih
1994 – Menang Drama Terbaik
melalui skrip Anak Angkat (Anugerah Skrin TV3)
1999 – Menang Drama Terbaik melalui
skrip Jutawan Segera (Anugerah Skrin TV3)
Pencalonan Akhir Sri Angkasa
(RTM)
1994 – Kemarau (3 episod)
1996 – Esah Swinger (Telemovie)
Pencalonan Akhir Anugerah
Skrin (TV3)
1995 – Masih Ada Harapan,
Aku Anak Siapa dan Di Ufuk Kasih.
2011 – Masihkah Ada Sinar
Pencalonan Akhir Festival
Filem Malaysia kategori Drama TV Terbaik
1997
– Bintang Cilik
Siri/drama popular yang
pernah ditulis:
Telemovie mengenai Aids yang
awal disiarkan di TV3 lakonan Ramona Rahman dan arahan
Raja Ahmad Alauddin yang diberi tajuk Sempadan Kasih
terbitan Produksi Seni 2020.
Siri Remaja TV3 – RSB
Drama bersiri RTM , Haryati arahan
Erma Fatima sebanyak 26 episod kali 45 minit. Penulis
kedua ketika itu ialah saudara Jamil Mutalib.
Badai Metropolis menjadi salah
satu terbitan terawal dalam slot Samarinda terbitan TV3.
Kalau masih ingat kepada
sitkom Singgah Le dan Pak Pandir Moden atau SiLuncai di
TV9 itu juga hasil kerja saya. Kalau dihitung skrip yang
ditulis saya rasa ratusan jumlahnya.
 |
| Inilah
cara terbaik untuk belajar lebih mendalam bagaimana
untuk menulis skrip. Dulu, saya hanya berpeluang
belajar secara teori sewaktu menyambung pelajaran di
UiTM.
Pembelajaran terbantut di situ,
sehinggalah saya bertemu blog En. Din Sarif ini.
System pembelajaran En. Din Sarif melalui one to one
coach, adalah lebih fleksibel yang mana saya boleh
berkomunikasi / belajar dengan beliau melalui face to
face, email, telefon, SMS, facebook dan tak kira masa.
Saya diajar satu per satu cara
menulis skrip melalui latihan yang disediakan oleh
beliau sendiri. Selain berjaya siapkan satu skrip
penuh telemovie dengan bimbingan beliau, saya juga telah
faham mengenai perkara-perkara lain yang melibatkan
operasi dan kehendak penerbit /stesen tv yang mana
sangat penting untuk kita ketahui.
Walaupun tempoh pembelajaran saya
telah tamat, En. Din Sarif masih lagi sudi membantu
sekiranya saya memerlukan khidmat nasihat beliau. Skrip
telemovie saya yang telah saya siapkan tersebut sekarang
dalam semakan pihak Astro. Alhamdulillah..
Ms Yuspaul |
|
 |
 |
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Sejak mengenali beliau dari penghujung tahun-tahun 90
an, Safiuddin Shariff adalah seorang penulis skrip drama
sepenuh masa yang kreatif. Setiap dari garapan cerita
dan lakon TVnya yang cukup lengkap dari inspirasi asal
adalah lahir dari pemikiran yang cukup matang. Sebagai
seorang pengarah saya akui beliau adalah seorang penulis
skrip profesional berjaya memberi impak kepada
masyarakat penonton terutama penonton televisyen.
Mokhtar Bin Abu Bakar |
|
 |
Tunggu Dahulu!!!

Ada Bonus Tambahan Khas Untuk Anda
Jika anda mendaftar sekarang anda akan
mendapat bonus. Bonusnya ialah
Template
Penulisan Skrip TV/Filem.
Anda tidak
perlu membeli software
untuk skrip TV. Template
yang saya sediakan ini sudah
cukup untuk anda guna menulis skrip TV. Template ini
secara automatik menyediakan ruang untuk ARAHAN, NAMA,
DIALOG dan CUT TO.
Template ini
disemadikan dalam Word Document yang diberi nama
Screenplay.dot.
Setelah menulis skrip anda hanya Save As
kepada tajuk skrip anda seperti Mencari sinar.doc. (PS -
.dot bermakna document template). Jadi anda hanya perlu
microsoft word saja. Jimat dan tak perlu software lain.
Satu nasykah skrip
yang telah diterbitkan oleh RTM sebagai
rujukan.
Bila membaca skrip saya, anda
akan mendapat petunjuk bagaimana skrip itu patut ditulis
(adegan, arahan dan dailog).
Ilmu
yang terkandung dalam nasykah iniamat
banyak dan ia tidak terdapat dalam mana-mana kelas,
bengkel atau buku. Nasykah
skrip ini adalah sebagai panduan bagaimana anda
seharusnya menulis skrip tv.
Dialog yang ringkas dan
padat yang menggerakkan cerita. Arahan yang ringkas dan
padat untuk rujukan pasukan produksi dan pelakon. Lokasi
yang sedikit tapi bermakna. Tidak ada adegan yang
berulang atau meleret-leret dan banyak lagi.
Dapatkan Sekarang
E-Book
Rahsia Penulisan Skrip
TULIS, JUAL & TERBIT
"Rahsia Menulis Skrip Drama TV
yang Boleh Dijual"

Hanya
RM50.00
Pelaburan yang amat sedikit berbanding ilmu
yang bakal anda pelajari
.
Anda telah menemui seorang guru yang boleh
memberi keyakinan kepada anda untuk menjadikan profession
menulis skrip TV/filem sebagai satu karier seumur hidup.
 |
Pilihan Terletak di Tangan Anda
Pilihan 1: Anda boleh
memulakan dan meneruskan kerjaya Penulisan Skrip Drama
TV. Anda mungkin perlu melalui dan mencuba kaedah ‘trial
& error’ serta terpaksa mengorbankan banyak masa dan
tenaga.
ATAU ....
Pilihan 2: Namun dengan
memilki E-Book Tulis, Jual & Terbit ini, anda sebenarnya
telah membuat satu keputusan yang paling bijak.
Seterusnya, barulah anda memulakan kerjaya Penulisan
Skrip Drama TV dengan kaedah yang dapat memenuhi
kehendak pengarah, penerbit dan stesen TV. Pendek kata
saya sebenarnya mengajar anda cara saya menulis skrip
untuk TV!
|
|
 |
Jadi,
BERTINDAK SEKARANG JUGA!
Klik Order Button di Bawah untuk Mendapatkannya!


.
Ikhlas dari saya,

Shafiuddin Sharif
www.penulisanskrip.com
HP: 016 2217690
PS: Harapan saya agar E-Book ini boleh menjadi sumber
rujukan dan panduan buat anda. Saya juga berharap agar
anda menjadi seorang penulis skrip drama TV yang berjaya.
P.S.S: Usah bertangguh lagi, kerana dengan hanya
pelaburan sebanyak RM50, anda boleh mempelajari ilmu
penulisan skrip drama TV yang jarang-jarang sekali
didedahkan.
P.S.S: Ambillah peluang ini serta jadikan diri anda
mempunyai lebih kelebihan berbanding orang lain kerana
tidak ramai yang mengetahui rahsia dalam panduan ini.
Laman Utama l
Tempahan l
Affiliate l
Hubungi Saya